Pages

Sunday, July 1, 2012

Sekurang-kurangnya 35 terbunuh dalam pertempuran di Mali

Berita Harian:
BAMAKO: Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dalam pertempuran di antara pejuang Islam dan pemberontak Tuareg sepanjang minggu ini di utara bandar Gao, lapor sumber perubatan mengenai jumlah kematian terkini yang diumumkan semalam. 

"Kira-kira 35 orang mati dalam pertempuran ini," kata doktor kepada AFP selepas kembali ke ibu negara Mali, Bamako. Jumlah kematian terbaru diumumkan selepas pejuang Islam mendakwa mereka menguasai bandar utama di utara Mali selepas pertempuran sengit dengan pemberontak Tuareq yang mengakibatkan kira-kira 20 maut. - AFP 

No comments: