Pages

Monday, July 30, 2012

Sekatan tak jejas Teheran: Tel Aviv


BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semalam, sekatan antarabangsa ke atas Iran setakat ini tidak memberi kesan terhadap program nuklear Republik Islam itu.


Menurutnya, kerana itu, ancaman tentera yang kuat perlu dilaksanakan bagi memaksa negara itu menghentikan aktiviti nuklearnya.



“Kita perlu jujur dan berkata, semua sekatan dan langkah diplomasi setakat ini tidak memberi kesan walau sedikitpun terhadap program nuklear Iran.




“Saya percaya kita memerlukan ancaman tentera yang kuat bersama-sama dengan sekatan itu, untuk membuka peluang bagi mengubah keadaan,” katanya pada mesyuarat dengan bakal calon pilihan Presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney.



Netanyahu berkata demikian selepas akhbar Haaretz menyiarkan laporan bahawa Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika, Tom Donilon baru-baru ini memberi taklimat kepada pemimpin Zionis mengenai rancangan luar jangka untuk melancarkan serangan terhadap kemudahan nuklear Iran. - AFP

No comments: