Pages

Tuesday, July 10, 2012

Puteri Saudi turut cari suaka untuk 4 anak perempuan

myMetro | Puteri Saudi turut cari suaka untuk 4 anak perempuan: "LONDON: Seorang cucu pengasas Arab Saudi berkata, dia memohon mendapatkan suaka di Britain kerana bimbang dihukum keluarganya, lapor Sunday Telegraph semalam.

Puteri Sara Talal juga dikenali dengan gelaran Puteri Barbie - berkata, dia turut memohon suaka politik kepada Pejabat Dalam Negeri Britain untuk empat anak perempuannya. “Dengan amat sedih dan tanpa ada pilihan, saya menulis kepada Pejabat Dalam Negeri UK bagi menyatakan bahawa saya dan anak-anak memohon suaka politik,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurut Sara, 38, reputasinya terjejas ekoran dakwaan karut dan kempen menghinanya di media.


“Selama bertahun-tahun, saya menyimpan perasaan ini dalam diam sambil cuba menyelesaikannya secara bermaruah melalui saluran biasa,” katanya.

Puteri yang menjanda itu sebelum ini menetap di London sejak 2007 ekoran berselisih faham dengan bapanya, Putera Talal Abdul Aziz al-Saud, 80. Kata Sara, dia yakin ada pegawai kanan Arab Saudi merancang menculik dan membawanya pulang ke Riyadh. Katanya, dia juga didera secara fizikal. “Mereka mendakwa saya ada hubungan dengan Iran,” katanya. - AFP"

'via Blog this'

No comments: