Pages

Saturday, July 7, 2012

Jeneral paling tadah

myMetro | Jeneral paling tadah: "BEIRUT: Seorang Jeneral berprofil tinggi yang rapat dengan Presiden Bashar al-Assad dan keluarganya, berpaling tadah, memberi tamparan baru kepada rejim itu, kata sumber yang rapat dengan Kerajaan, semalam.

Sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, berkata, “Jeneral Munaf Tlass, berpaling tadah tiga hari lalu, dan dia dikatakan telah meninggalkan Syria.”
Tlass adalah pegawai tentera berpangkat paling tinggi yang meninggalkan rejim Syria itu.

Dia adalah anak kepada bekas Menteri Pertahanan, Mustafa Tlass, rakan karib bapa Assad dan pendahulunya, Hafez. Tlass juga anggota pemerintahan kanan di Syria dan juga sahabat Assad ketika mereka kanak-kanak.


Keluarga Tlass yang berfahaman ahli Sunnah wal Jamaah itu berasal dari bandar yang dikuasai pemberontak, Rastan, di tengah wilayah Homs, yang sekarang ini dibedil oleh tentera rejim.


Tlass berpangkat Jeneral dalam pasukan elit Pengawal Republikan, yang ditugaskan untuk melindungi rejim. Tlass diketepikan lebih daripada setahun lalu, selepas dia dianggap tidak boleh dipercayai.

Menurut sumber rapat dengan Damsyik, Tlass memulakan beberapa misi perdamaian tetapi gagal antara penyokong setia rejim dan pemberontak di Rastan dan selatan wilayah Daraa. - AFP "

'via Blog this'

No comments: