Pages

Friday, July 6, 2012

Iran berupaya tindak balas

TEHERAN 5 Julai - Iran semalam mengisytiharkan ia mampu memusnahkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) yang terletak berdekatan dan Israel dalam beberapa minit selepas serangan dilancarkan ke atas negara republik Islam itu, menggambarkan ketegangan berhubung program nuklear Teheran.
Agensi berita Fars yang memetik Ketua Divisyen Udara Pengawal Revolusi, Jeneral Ami Ali Hajizadeh berkata, pangkalan AS berada dalam jarak sasaran peluru berpandu Iran dan boleh diserang balas jika Teheran diserang.
''Pendekatan telah diambil supaya kami boleh memusnahkan semua pangkalan ini beberapa minit selepas diserang musuh.
Hajizadeh berkata, tentera elit Iran itu juga berjaya melakukan ujian peluru berpandu antikapal yang mampu menyerang kapal perang AS di Teluk.
''Peluru berpandu balistik darat ke laut itu yang dikenali sebagai Teluk Parsi mempunyai jarak sasaran sejauh 300 kilometer,'' katanya kepada stesen televisyen rasmi.
Stesen televisyen itu juga menyiarkan rakaman video pelancaran sebuah peluru berpandu berwarna putih ke atas sebuah sasaran besar di kawasan perairan Teluk.
Armada Kelima Tentera Laut AS yang kini berpangkalan di Bahrain iaitu kira-kira 200 kilometer dari Iran, jarak sasaran yang mampu dicapai oleh peluru berpandu Iran.
Pegawai Israel enggan mengulas perkara itu dan Washington pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. - AGENSI

No comments: