Pages

Monday, July 2, 2012

21 maut pertempuran kuasai kawasan di Syria



BEIRUT 2 Julai - Sekurang-kurangnya 21 terkorban dalam pertempuran di seluruh Syria semalam, dengan pertempuran itu berlaku di beberapa wilayah untuk menguasai kawasan tersebut, kata kumpulan pemantau.
Menurut pemantau itu, Kumpulan Hak Asasi Manusia Syria, tentera kerajaan mengebom beberapa wilayah berdekatan Damsyik, beberapa hari selepas letupan bom mortar yang menyebabkan 30 orang terbunuh ketika menghadiri pengkebumian di bandar Zamalka.
Pihak yang berpangkalan di Britain itu berkata, tentera kerajaan turut mengebom bandar Daraya pada waktu malam, menyebabkan empat terkorban. - AFP

No comments: