Pages

Tuesday, July 24, 2012

107 maut dalam serangan di Iraq


BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh dalam serangan bom dan senjata api di seluruh Iraq semalam, sehari selepas 20 orang maut dalam beberapa letupan yang disasarkan terhadap puak Syiah.

Pertumpahan darah itu menunjukkan kelemahan pasukan keselamatan Iraq yang gagal menghalang pengganas daripada melancarkan serangan di banyak lokasi.
Selain mereka yang terbunuh, sekurang-kurangnya 268 orang cedera akibat letupan dan tembakan di beberapa kawasan Syiah termasuk di Baghdad, Taji, Kirkuk dan Mosul.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu tetapi pegawai kanan keselamatan Iraq menyalahkan sayap tempatan al-Qaeda yang dianggotai militan Sunnah.

“Serangan terbaru adalah mesej jelas bahawa al-Qaeda di Iraq bertekad memulakan perang saudara," katanya. - Reuters

No comments: