Pages

Sunday, June 10, 2012

William, Kate beratur di panggung

myMetroWilliam, Kate beratur di panggung:


BULATAN merah menunjukkan William dan Kate beratur di panggung wayang Odeon Kensington.
BULATAN merah menunjukkan William dan Kate beratur di panggung wayang Odeon Kensington.
LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton mengejutkan pengunjung panggung wayang Khamis lalu apabila pasangan itu beratur untuk membeli tiket bagi menonton filem The Avengers.
William dan Kate masuk ke barisan orang ramai yang beratur untuk membeli tiket dengan hampir tidak disedari mereka. William yang kelihatan santai dengan kemeja, jaket biru, bercermin mata dan topi besbal ditemani isterinya yang memakai jeans biru dan jaket denim. Seorang pengunjung yang berada di panggung wayang Odeon Kensington ketika itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dan menulis di Twitter: “Tonton filem The Avengers dengan Kate dan William duduk bersebelahan dengan saya! Pasangan itu menikmati waktu senggang mereka selepas menghadiri majlis rasmi empat hari sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth, termasuk mengambil bahagian dalam Flotila Diraja dan menghadiri konsert yang diadakan di halaman Istana Buckingham. Selepas menonton wayang bersama isterinya, William dan Putera Harry dilaporkan melawat datuk mereka, Duke of Edinburgh di hospital. Pihak istana mengesahkan Putera Philip tidak dapat meraikan hari jadinya yang ke-91 bersama keluarga di istana hari ini kerana masih dirawat. - DM

No comments: