Pages

Wednesday, June 6, 2012

Kes jenayah banyak di Facebook

Kes jenayah banyak di Facebook:

LONDON 5 Jun - Maklumat yang dikumpul akta kebebasan maklumat United Kingdom mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.
Tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu.
Bukan setakat itu, Facebook juga dijadikan rujukan bagi penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.
Maklumat tersebut menyatakan, kira-kira separuh anggota polis di England dan Wales menyediakan maklumat berkaitan dengan Facebook dalam laporan jenayah mereka.
Dalam sesetengah kes, pertelagahan yang bermula dalam laman sosial itu terbawa-bawa hingga ke alam realiti dan laman tersebut juga didapati memudahkan golongan fidofilia mencari mangsa.
Dalam satu kes, seorang wanita yang menjadi saksi kes rogol di Cleveland diserang suspek selepas dia dihubungi melalui Facebook oleh lelaki itu kerana menyampaikan bukti kepada pihak polis.
Di Manchester, seorang kanak-kanak lelaki diganggu fidofilia yang menghantar gambar tidak senonoh kepadanya, menyebabkan ibu bapa kanak-kanak itu bertindak membuat laporan polis.
Seorang aktivis dari kumpulan Families Fighting for Justice, Jean Taylor menyifatkan Facebook mempunyai banyak jawapan kepada pelbagai persoalan.
"Orang menggelarkannya laman rangkaian sosial, namun ia menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sangat mudah bagi seorang fidofilia untuk memuat naik gambar mereka dan mencari mangsa. Facebook patut ditutup," katanya.
Bagaimanapun, jurucakap Facebook berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan polis bagi membawa pesalah serius ke muka pengadilan.
"Seperti juga telefon bimbit dan televisyen, Facebook adalah sebahagian daripada kehidupan kita," katanya. - AGENSI

'via Blog this'

No comments: