Pages

Wednesday, June 6, 2012

TARBIYAH DAN PENDIDIKAN DALAM PERKAHWINAN

Ramli Joned

TARBIYAH dan Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan ...
Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa...
Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya MENJUNJUNG AL-QURAN sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya....

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka....

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang....

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:- "Kaum lelaki adalah PEMIMPIN kepada kaum wanita.. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."...

Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga, SUAMI wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar... Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.... Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak boleh dijadikan contoh.... Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak...

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri...

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga... Paling penting kedua-dua pasangan perlu sentiasa sembahyang berjemaah dan taat kepada perintah Allah...

No comments: