Pages

Tuesday, June 5, 2012

Israel pasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam

myMetro | Israel pasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam:

BERLIN: Israel dilapor memasang peluru berpandu berpeledak nuklear pada kapal selam yang dibekalkan dan dibiayai oleh Jerman.
Akhbar mingguan Der Spiegel, dalam laporan muka depan berkata, Jerman sehingga kini berkata, ia tidak tahu bahawa kapal selam negara itu digunakan sebagai sebahagian darupada senjata atom Israel.

Bagaimanapun, bekas pegawai tinggi Kementerian Pertahanan Jerman memberitahu Der Spiegel, kerajaan negara itu tahu Israel memasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam kelas Dolphin itu.
Artikel itu yang berdasarkan siasatan selama beberapa bulan, memetik fail daripada Kementerian Luar di Berlin yang menunjukkan Jerman Barat mengetahui tindakan rejim Israel itu sejak 1961 lagi. - AP

'via Blog this'

No comments: