Pages

Monday, May 14, 2012

Palestin-Israel komited pelan damai

Palestin-Israel komited pelan damai - Global - Sinar Harian:

Palestin-Israel komited pelan damai
Rakyat Israel turut menentang penahanan rakyat Palestin.
BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Palestin dan Israel mengeluarkan kenyataan bersama secara mengejut iaitu komited dengan keamanan susulan pertemuan wakil dan pemimpin masing-masing.

Kenyataan bersama itu dibuat selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghantar wakilnya iaitu Yitzhak Molcho untuk menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kelmarin.

“Pihak berkuasa Palestin dan Israel begitu komited untuk mencapai keamanan dan berharap agar pertukaran surat diantara Abbas dan Netanyahu itu mencapai kejayaan,” jelas dalam satu kenyataan.

Surat yang dibawa Molcho itu adalah jawapan kepada perutusan yang dihantar Abbas bulan lalu, yang mana mengandungi rungutan terhadap kegagalan perbincangan damai pada 2010 dan meletakkan parameter untuk penyambungan semula rundingan.

Bagaimanapun, butiran surat Netanyahu tidak didedahkan tetapi menurut pegawainya, mereka tidak menjangka penerimaan tuntutan utama Palestin iaitu menghentikan semua penempatan haram yang diduduki sebelum memulakan semula sebarang perbincangan.

Menurut perunding Palestin, Nabil Shaath, surat yang dihantar Abbas pada April lalu bertujuan mencabar pemimpin rejim itu di atas kegagalan proses damai serta beberapa isu utama melibatkan prinsip penyelesaian pengkalan sempadan dua negara, aktiviti penempatan yang disekat, isu tahanan Palestin dan membatalkan semua keputusan yang menghakis perjanjian dua hala sejak 2000.

Berikutan itu, Netanyahu berulangkali meminta Abbas untuk kembali mengadakan perbincangan tanpa sebarang prasyarat dan berjanji bahawa Israel bersedia membuat konsesi jika mendapat kompromi daripada rakyat Palestin.

'via Blog this'

No comments: