Pages

Wednesday, April 18, 2012

Gesa hukuman mati, hakim digugur kes Breivik

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Pendakwa raya Inga Bejer Engh (kiri) berbincang dengan fanatik Kristian, Anders Behring Breivik (dua dari kanan) ketika mahkamah berehat pada hari kedua perbicaraan di Oslo, semalam. - AFP


OSLO 17 April - Seorang daripada lima hakim dalam kes perbicaraan fanatik Kristian, Anders Behring Breivik hari ini digugurkan ekoran pendedahan mengenai komen beliau di laman web yang mahu hukuman mati dikenakan ke atas lelaki yang membunuh 77 orang itu di Norway pada Julai lalu.
Ketua Hakim Wenche Elizabeth Arntzen memutuskan hakim Thomas Indreboe, seorang daripada tiga hakim yang dipilih daripada kalangan orang awam, tidak layak kerana komennya itu yang dibuat di laman web sehari selepas kejadian berlaku.
'Hukuman mati adalah satu-satunya hukuman yang sesuai dikenakan dalam kes ini', tulisnya pada 23 Julai lalu, sehari selepas insiden pembunuhan itu, menurut satu laporan yang disiarkan di majalah antiperkauman, Vepsen, hari ini.
"Indreboe yang merupakan hakim yang dipilih daripada kalangan orang awam, telah mengakui membuat komen itu," kata Arntzen kepada mahkamah.
Kes itu didengar oleh dua hakim profesional dan tiga hakim yang dipilih daripada kalangan orang awam.
Tempat Indreboe diambil alih oleh hakim gantian, Anne Elisabeth Wisloeff yang telah pun berada di mahkamah dan perbicaraan berjalan seperti yang dijadualkan, dengan Breivik memberikan keterangan. - AFP

'via Blog this'

No comments: