Pages

Tuesday, April 24, 2012

Bas tawar perubatan percuma untuk pelancong

Kosmo! Online - Dunia:



SEBUAH bas (kiri) yang menyediakan perkhidmatan perubatan percuma bergerak di sebatang jalan raya di Las Vegas.


LAS VEGAS - Sebuah bas menawarkan perkhidmatan perubatan percuma kepada pelancong di sini yang terkenal sebagai 'syurga perjudian'.
Pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan itu terdiri daripada mereka yang telah berparti dan meminum terlalu banyak minuman keras.
Menurut seorang doktor yang bertugas, Jason Burke, idea menyediakan perkhidmatan itu adalah untuk memberikan kelegaan kepada pelancong yang berasa sakit kepala, perut dan lemah badan selepas mereka 'berparti'. - Agensi

No comments: