Pages

Tuesday, April 24, 2012

2 maut pesawat pejuang Sudan bedil pasar, telaga minyak Sudan Selatan

Berita Harian Online | 2 maut pesawat pejuang Sudan bedil pasar, telaga minyak Sudan Selatan: "RUBKONA (Sudan Selatan): Sekurang-kurangnya dua terbunuh susulan pesawat pejuang Sudan mengebom pasar awam dan telaga minyak di sini, dua jam selepas pasukan tentera Sudan dilaporkan menyeberangi Sudan Selatan dengan kereta kebal dan meriam, sekali gus meningkatkan risiko terhadap perang habis-habisan di antara kedua-dua negara.

Masyarakat antarabangsa menggesa Sudan dan Sudan Selatan mengadakan perbincangan mengenai pertikaian itu, termasuk pembahagian sempadan dan pemilikan sumber minyak.
Bagaimanapun, Presiden Sudan, Omar al-Bashir, berikrar hari ini untuk meneruskan kempen ketenteraan negara itu sehingga semua tentera Sudan Selatan atau tentera gabungan keluar dari utara. - AP"

'via Blog this'

No comments: