Pages

Sunday, April 8, 2012

3 rakyat Palestin kena gantung

BANDAR RAYA GAZA: Pemimpin Hamas semalam menghukum mati seorang rakyat Palestin yang didapati bekerjasama dengan Israel dan dua lagi yang bersubahat dalam kes pembunuhan, kata Kementeri Dalam Negerinya.
Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan tiga lelaki digantung di “pusat keselamatan” di bandar raya Gaza. Ia kali pertama tahun ini gerakan Islam itu menjalankan hukuman mati terhadap mereka yang dituduh bekerjasama dengan Israel.

Kenyataan tidak menyatakan nama, umur dan maklumat lain mengenai tiga lelaki itu.

Kali terakhir rakyat Palestin dihukum mati kerana bekerjasama dengan Israel adalah Julai tahun lalu apabila dua orang digantung. - AFP

No comments: