Pages

Wednesday, March 14, 2012

Penyampai radio BBC tayang kereta baru


KERETA mewah Maserati MC12 hanya ada 50 unit di dunia dan satu daripadanya dimiliki Evans (gambar kecil).
KERETA mewah Maserati MC12 hanya ada 50 unit di dunia dan satu daripadanya dimiliki Evans (gambar kecil). 


LONDON: Kelembapan ekonomi menyebabkan ramai orang terpaksa berjimat, tetapi keadaan itu tidak berlaku terhadap sesetengah personaliti stesen penyiaran BBC.
Penyampai radio BBC yang dikenali sebagai peminat tegar kereta mewah, Chris Evans, misalnya, menarik perhatian ramai apabila mempamerkan koleksi terbarunya, Maserati MC12.

Bernilai lebih RM1.9 juta, Evans memandu kereta mewah dua tempat duduk buatan Itali itu selepas menamatkan tugasnya pagi semalam.

Pemerhati berkata, kereta yang mampu dipandu sehingga 335 kilometer sejam itu tidak sesuai dipandu di London kerana masalah kesesakan jalan raya.

Diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon, Maserati MC12 adalah kenderaan yang diilhamkan daripada kereta lumba dan hanya ada 50 unit kereta itu di dunia. - DM

No comments: