Pages

Wednesday, March 14, 2012

Ahli Parlimen Mesir gesa kerajaan usir Duta Israel


KAHERAH: Parlimen Mesir yang dikuasai kumpulan Islam semalam mendesak kerajaan mengusir Duta Israel di negara itu dan memanggil balik diplomat di Tel Aviv.
Agensi berita Mena melaporkan, gesaan itu dibuat selepas jet tentera Israel mengebom Gaza, sekali gus meningkatkan jumlah korban akibat keganasan terbaru rejim Zionis itu kepada 25 orang.

Menurut Mena, Usul disediakan Jawatankuasa Hal Ehwal Arab di Parlimen itu diterima sebulat suara selepas dibentangkan semalam.

Mesir dan Israel terikat dengan perjanjian damai sejak 1979, tetapi hubungan kedua-dua negara tegang sejak Hosni Mubarak disingkirkan oleh kebangkitan rakyat pada tahun lalu.

Menurut usul berkenaan, Parlimen Mesir juga menggesa eksport gas ke Israel dihentikan.

Antara lain, usul itu menyatakan: “Mesir tidak akan menjadi sahabat, rakan kongsi atau sekutu entiti Zionis yang kami anggap musuh utama Mesir dan Arab.” - AFP

No comments: