Pages

Tuesday, March 13, 2012

Netanyahu cakap tak serupa bikin

Berita Harian Online | Netanyahu cakap tak serupa bikin:




2012/03/13

BANDARAYA GAZA: Jet tentera udara Israel terus membedil Gaza tengah malam kelmarin menyebabkan lima orang lagi warga Palestin terbunuh, menjadikan angka kematian serangan rejim Zionis itu meningkat kepada 23 ketika pertumpahan darah masuk hari keempat. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar untuk terus mensasarkan pejuang Palestin yang selagi perlu, dan sejak tengah malam, tentera udara rejim Zionis itu melancarkan sekurang-kurangnya lapan serangan udara, meragut tiga nyawa dan mencederakan 41 lagi, kata sumber perubatan Palestin.

Dua daripada mangsa terbunuh sejurus selepas subuh dalam serangan berasingan di sekitar bandar raya Khan Yunis, yang juga menyebabkan dua cedera. Tidak lama selepas itu, remaja lelaki berusia 15 tahun terbunuh dan enam lagi pelajar cedera dalam satu lagi serangan udara berhampiran pekan Beit Lahiya.
Kematian terbaru itu menjadikan angka korban meningkat kepada 23 dalam keganasan yang bermula dengan pembunuhan seorang pejuang kanan Palestin oleh Israel, tengah hari Jumaat lalu. 

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Adham Abu Selmiya, berkata 73 cedera sejak pertumpahan bermula Jumaat lalu, dan Israel melancarkan 36 serangan udara ke atas wilayah itu. 

Beliau menamakan mangsa terbaru sebagai Nayef Qarmut yang dalam perjalanan ke sekolah ketika terkorban dalam serangan pesawat kawalan jauh di Beit Lahiya. 

“Serangan pesawat kawalan jauh mensasarkan sekumpulan pelajar yang berjalan di kawasan lapang dalam perjalanan ke sekolah,” katanya sambil menambah enam lagi cedera, dua daripada dalam keadaan kritikal. 
Dua yang maut sebelum itu di Khan Yunis ialah pejuang Jihad Islam, Raafat Abu Eid dan Hamada Suleiman Abu Mutlaq, kedua-duanya berusia 24 tahun. 

Tentera Israel tidak memberi sebarang kenyataan mengenai serangan itu, tetapi terdahulu mengesahkan ia melancarkan enam serangan yang menyasarkan kemudahan menyimpan senjata. 

Turut disasarkan empat kawasan melancarkan roket di utara Semenanjung Gaza, selain kawasan melancarkan roket di selatan wilayah itu. 

Jurucakap tentera Israel berkata, pejuang Gaza membedil lebih 20 roket ke Israel sejak tengah malam, manakala dua lagi berjaya dipintas. 

Serangan roket itu menambah jumlah bedilan kepada hampir 180, katanya, dan 130 daripadanya menggegarkan selatan Israel dan 46 lagi berjaya dipintas oleh sistem antipeluru berpandu ‘Iron Dome’. Lewat kelmarin, Netanyahu memberi amaran operasi akan berterusan selagi perlu. 

“Saya sudah beri amaran bahawa kami akan menyerang sesiapa yang merancang menyerang kami,” katanya ketika melawat selatan Israel. – AFP
'via Blog this'

No comments: