Pages

Sunday, March 11, 2012

Kofi Annan tiba di Syria

myMetroKofi Annan tiba di Syria: "DAMSYIK: Utusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Kofi Annan, tiba di Syria untuk bertemu dan menyampaikan mesej kepada Presiden Syria, Bashar Assad yang keganasan mesti dihentikan.

Namun begitu, misi antarabangsa untuk menghentikan krisis di negara itu menghadapi masalah sejak awal lagi kerana pembangkang mengatakan dialog antara Annan dengan rejim itu tidak bermakna selepas setahun negara itu bermandi darah.
Lawatan Annan ke Syria menandakan usaha antarabangsa untuk perdamaian di Syria selepas setahun pemberontak memenuhi jalan menuntut penyingkiran Assad, yang diinspirasikan daripada kebangkitan Arab di Tunisia dan Mesir.

Ketua Pembangkang, Majlis Syria Kebangsaan, Burhan Ghalioun berkata, Annan terlepas pandang punca sebenar masalah ini, iaitu rejim menggunakan kuasa tentera berlebihan untuk menghentikan pemberontakan.


“Apa saja tindakan politik untuk menyelesaikan masalah ini tidak akan berjaya sekiranya tiada tekanan ketenteraan ke atas rejim. Sebagai utusan antarabangsa, kami berharap (Annan) mempunyai mekanisma untuk menghentikan keganasan itu,” katanya. - AP"

'via Blog this'

No comments: