Pages

Sunday, March 11, 2012

14 maut bedilan Israel

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Penduduk Palestin melihat keadaan sebuah kereta yang musnah teruk dibedil Israel di Gaza City, kelmarin. - Reuters


GAZA CITY 10 Mac - Sebanyak 14 pejuang Palestin termasuk Ketua Jawatankuasa Penentangan Popular (PRC), Zuhair al-Qaisi (gambar) terbunuh dalam tujuh serangan udara tentera Israel di Genting Gaza, semalam.
Jurucakap kesihatan Palestin, Adham Abu Salmiya berkata, sebanyak 20 lagi orang awam cedera akibat serpihan peluru yang disasarkan kepada kumpulan pejuang di kawasan awam yang sesak.
Kematian Zuhair mengundang kemarahan anggota kumpulan itu, menyebabkan mereka melancarkan lebih 50 roket ke kawasan Israel setakat ini, menurut sumber tentera Israel.
Israel mendakwa serangan seterusnya dilakukan sebagai membalas tindakan Palestin yang melancarkan roket dan bom mortar di bahagian selatan Israel awal pagi semalam, menyebabkan empat cedera.
Dalam serangan berasingan, seorang pejuang terbunuh di jalan utama Gaza City manakala seorang lagi diserang ketika memandu kereta di bandar Deir al-Balah.
Tentera Israel berkata, serangan pada awalnya disasarkan kepada Zuhair, komander PRC yang mempunyai pertalian kuat dengan Hamas.
Selepas serangan balas dilakukan Israel, beberapa kumpulan pejuang yang lain turut serta dalam pertempuran itu dan majoriti pejuang yang terkorban merupakan anggota Jihad Islam.
Serangan semalam merupakan antara yang terburuk dilancarkan tentera Israel terhadap pejuang Palestin di Genting Gaza, dalam tempoh beberapa bulan ini.
Tentera Yahudi mendakwa, serangan itu dilakukan berikutan rancangan Zuhair untuk menyerang Israel, sama seperti serangan yang berlaku di Semenanjung Sinai pada Ogos lalu yang membunuh empat penduduk Israel dan mencederakan lebih 40 yang lain.
Bagaimanapun, PRC menafikan penglibatan mereka dalam serangan itu.
Sementara itu, dalam serangan terbaru di genting Gaza hari ini, dua lagi lelaki dilaporkan terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terkena bedilan pesawat rejim Zionis itu di bandar Khan Yunis. - AFP

'via Blog this'

No comments: