Pages

Monday, February 27, 2012

Sun on Sunday sasar jual 2 juta naskhah

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Seorang pembaca memegang akhbar Sun on Sunday edisi 26 Februari. - AFP


LONDON 26 Feb. - Hartawan media, Rupert Murdoch mahu akhbar terbarunya, Sun on Sunday yang menggantikan akhbar News of the World ditutup akibat dilanda skandal penggodaman, dijual melebihi dua juta naskhah ketika memantau percetakan akhbar itu.

Hartawan berumur 80 tahun itu tiba di kilang percetakan di Hertfordshire, utara London untuk memantau proses percetakan Sun on Sunday yang diharapnya menjadi akhbar paling banyak dibaca di Britain.

''Edisi baru hari Ahad hampir siap. Pencapaian bagus oleh kakitangan terbaik. Terima kasih,'' kata Murdoch dalam laman web Twitternya, semalam.

Sehari sebelum itu, Murdoch dalam laman jaringan sosial tersebut berkata, beliau gembira jika ia dapat dijual lebih dua juta naskhah.

Media Britian melaporkan tiga juta naskhah akhbar baru itu sedang dicetak tetapi tiada pengesahan diberikan dan tiada sebarang petunjuk berita apa yang akan digunakan di muka depan Sun on Sunday.

Murdoch tiba di Britain pada 16 Februari lalu untuk menangani krisis di akhbar The Sunselepas beberapa wartawan kanannya ditangkap berhubung dakwaan rasuah melibatkan kakitangan awam.

Beliau kemudian melawat pejabat The Sun di London dan mengumumkan pelancaran mengejut Sun on Sunday, hanya tujuh bulan selepas News of the World ditutup berhubung skandal penggodaman mel suara telefon bimbit.

Ia dilihat sebagai satu tindakan berani dalam cubaan untuk mengubah pandangan pengkritik dan kakitangan yang dilaporkan marah ekoran empayar media Murdoch, News Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) memberi polis maklumat yang membawa kepada beberapa penangkapan.

Ia juga dilihat sebagai satu pendekatan memberi jaminan kepada pemegang saham News Corporation di AS bahawa firma itu cuba bergerak ke hadapan selepas dilanda skandal berkenaan. - AFP


'via Blog this'

No comments: