Pages

Saturday, February 18, 2012

Remaja Britain didapati bersalah

Isagba dikawal seorang anggota polis ketika memasuki kamar
 mahkamah di Wood Green , London, semalam. Gambar
 kecil ialah pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf - Agensi

LONDON 17 Feb. - Seorang remaja, semalam didapati bersalah kerana menyerang pelajar Malaysia semasa tercetus rusuhan pada musim panas lalu di London, dalam satu kes yang menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Beau Isagba, 17, kini berdepan hukuman penjara selepas didapati bersalah menyerang Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera di bahagian rahang selepas ditumbuk di muka di Barking, timur London pada 8 Ogos tahun lalu.
Serangan ke atas pelajar Malaysia itu merupakan satu daripada berita paling mengejutkan semasa rusuhan di London itu, kerana kejadian tersebut sempat dirakam oleh orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian yang kemudian dimuat naik di YouTube.
Video berkenaan tidak menunjukkan Muhammad Asyraf ditumbuk, tetapi mulutnya berdarah selepas basikalnya dicuri. Beberapa lelaki kemudian datang kononnya untuk membantu Muhammad Asyraf, namun mereka sebaliknya menggeledah beg sandang yang dibawanya.
Semasa perbicaraan di sebuah mahkamah di utara London, semalam Isagba mengaku mencuri basikal pelajar Malaysia itu, tetapi menafikan dia ada menumbuk Muhammad Asyraf.
Bagaimanapun, juri mendapati remaja itu bersalah kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan mencuri.
Ketika kejadian, Muhammad Asyraf sedang menaiki basikal untuk bertemu seorang rakan perempuannya yang takut dengan rusuhan yang berlaku selama empat malam di Britain.
Mahkamah diberitahu bahawa pelajar Malaysia itu diganggu dua kumpulan perusuh, yang pertama mencuri basikal serta menggeledah beg sandangnya sementara kumpulan yang kedua menumbuknya di muka.
"Tumbukannya kuat, saya tidak tahu bagaimana ia berlaku. Saya terjatuh dan mulut saya berdarah," kata pelajar itu.
Identiti Isagba, sebelum ini dirahsiakan kerana dia masih di bawah umur, namun hakim memutuskan ia perlu didedahkan kerana kes yang luar biasa. - AFP

No comments: