Pages

Sunday, February 26, 2012

Protes anti AS berlarutan di Afghanistan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Polis Afghanistan menghalang penunjuk perasaan anti Amerika Syarikat (AS) daripada bertindak ganas dalam satu protes berhubung pembakaran Al-Quran di wilayah Baghlan, utara Kabul, kelmarin. - AGENSI


KABUL 25 Feb. - Sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan terbunuh hari ini ketika kumpulan itu cuba menyerang bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di daerah Kunduz, utara Afghanistan.

Korban terbaru itu menjadikan jumlah maut pada hari kelima protes berhubung pembakaran al-Quran di seluruh negara ini meningkat sekurang-kurangnya 30 orang.

Ketua Jabatan Kesihatan Awam Kunduz, Sahad Mokhtar berkata, laporan setakat ini juga menunjukkan seramai 47 lagi mangsa cedera dalam kejadian tersebut.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, polis bertindak menembak penunjuk perasaan bagi menghentikan mereka daripada memasuki bangunan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Afghanistan berkata, enam askarnya terbunuh, manakala 16 lagi cedera apabila pasukan itu cuba mematikan bom yang dipasang penunjuk perasaan di Mukar, daerah Badghis, barat Afghanistan.

Dalam kejadian berasingan, dua tentera AS mati ditembak di bangunan Kementerian Dalam Negeri yang dikawal ketat di sini, dipercayai satu lagi reaksi balas penunjuk perasaan yang berang dengan tindakan tentera negara itu membakar Al-Quran. - AGENSI


'via Blog this'

1 comment:

Wanpetunjuk said...

Sampai bilalah isu2 antarabangsa ni akan berakhir. Kat Malaysia pun mcm dah nak menular isu mcm ni....

Ya Allah, lindungi kami semua, negara kami, agama kami drpd sebarang kerosakkan yang membinasakan...