Pages

Sunday, February 26, 2012

Awas helah Barat di Syria: Xinhua

myMetroAwas helah Barat di Syria: Xinhua:BEIJING: Media rasmi China semalam berkata, AS dan Eropah kini “melindungi cita-cita” untuk menguasai Syria di sebalik sikap ingin membantu mereka.

Xinhua melaporkan, kebanyakan negara Arab kini sedar bahawa kebimbangan Barat terhadap aspek kemanusiaan di Syria sebenarnya hanyalah helah mereka untuk mengembangkan pengaruh di situ.


Agensi itu berpendapat, perbincangan Sahabat Syria - yang diboikot China dan Russia - bersetuju mengelak menggunakan tentera dalam konflik berkenaan.

Bagaimanapun, pertemuan lebih 60 menteri luar menampakkan gesaan campur tangan tanpa senjata pasukan pengaman Arab, selain amaran keras keluarkan Washington terhadap Presiden Bashar al-Assad atas sikap degilnya.


Kata Xinhua, Beijing tidak menghadiri persidangan itu kerana perlukan maklumat jelas mengenai matlamat, kesan dan mekanisme digunakan bagi menyelesaikan konflik dalaman Syria.


“Negara Arab mahu memastikan tragedi seperti di Libya tidak menimpa Syria.

”Sebagai sahabat Syria dan rakyat Arab, China percaya sebarang tindakan diambil komuniti antarabangsa perlu membantu mengurangkan ketegangan, menggalakkan dialog politik, mencari jalan penyelesaian perbezaan pendapat dan mengekalkan keamanan serta kestabilan di Timur Tengah,” kata komentar berkenaan.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas Baran dan negara Arab meningkatkan tekanan ke atas regim Bashar dalam pertemuan di Tunisia, kelmarin.

Ketiadaan wakil China dan Russia dalam pertemuan membincangkan isu Syria itu membayangkan kesukaran komuniti antarabangsa mencari kata sepakat bagi menyelesaikan konflik berkenaan.


Kedua-dua negara juga beberapa kali mengekang regim Bashar, termasuk menggunakan kuasa veto dalam pengundian resolusi di Majlis Keselamatan PBB.


Bagaimanapun, Xinhua tidak memberi sebarang reaksi kepada komen Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, yang menggesa negara lain “mengubah sikap terhadap Russia dan China.” - AFP


'via Blog this'

No comments: