Pages

Wednesday, February 29, 2012

Krisis Syria bunuh lebih 7,500

Krisis Syria bunuh lebih 7,500 - Global - Sinar Harian: NEW YORK - Lebih 7,500 orang telah terbunuh di Syria sejak pasukan keselamatan melancarkan pendekatan keras terhadap kumpulan-kumpulan yang memberontak sepanjang setahun lalu,kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik, Lynn Pascoe berkata, terdapat laporan-laporan berwibawa mengatakan lebih 100 orang awam mati setiap hari.

"Ada laporan-laporan yang berwibawa mengatakan angka kematian kini melepasi 100 orang setiap hari, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata beliau.

"Sudah pasti jumlah kematian setakat ini sudah melebihi 7,500 orang," kata beliau dipetik laporan BBC.

Kerajaan Syria berkata, sekurang-kurangnya 1,345 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam usaha menangani kumpulan-kumpulan bersenjata dan pengganas dan menurutnya seramai 2,493 orang awam turut terbunuh setakat ini.
Kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Di Washington, Setiausaha Negara Hillary Clinton mendakwa Bashar memang layakn untuk dikategorikan sebagai penjenayah perang.

'via Blog this'

No comments: