Pages

Wednesday, February 29, 2012

1 bilion kanak-kanak hidup melarat di bandar raya seluruh dunia

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


GENEVA 28 Feb. - Lebih satu bilion kanak-kanak kini tinggal di bandar-bandar raya di seluruh dunia, namun kebanyakannya hidup dibelenggu kemiskinan dan hidup tanpa pendidikan, bekalan elektrik dan air, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) berkata, urbanisasi menyebabkan beratus ribu kanak-kanak yang tinggal di bandar raya dan bandar-bandar tanpa keperluan asas.

Menurut laporan bertajuk Situasi Kanak-kanak Di Dunia 2012, dalam beberapa tahun ini, majoriti kanak-kanak akan membesar dalam bandar dan bandar raya berbanding kawasan pedalaman.

Kanak-kanak yang dilahirkan di bandar merupakan 60 peratus daripada peningkatan jumlah penduduk di bandar.

Menurut laporan itu, pembangunan di bandar-bandar terlalu cepat sehingga kerajaan tidak mampu mengawal keadaan, menyebabkan satu daripada tiga penghuni bandar tinggal di kawasan setinggan.

Tambah laporan itu, infrastruktur dan perkhidmatan tidak sejajar dengan pembangunan bandar dan penduduk miskin sering terpaksa membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak mencapai standard. - AFP


'via Blog this'

No comments: