Pages

Saturday, February 4, 2012

Ketua Khmer Rouge dipenjara





PHNOM PENH 3 Feb. - Bekas ketua penjara ketika era Khmer Rouge, Kaing Guek Eav (gambar) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dalam satu kes rayuan di mahkamah jenayah perang Kemboja, tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Mangsa yang terselamat daripada pemerintahan rejim, menyambut baik keputusan mahkamah itu, yang meningkatkan hukuman penjara daripada 30 tahun yang diputuskan pada 2010 kepada penjara seumur hidup atas kesalahan jenayah perang dan kemanusiaan.

Menurut hakim, hukuman sebelum ini terhadap bekas ketua penjara S-21 yang bertanggungjawab di atas kematian 15,000 tahanan di penjara itu tidak 'berpatutan dengan jenayah yang telah lakukannya pada lewat 1970-an'.

"Jenayah yang dilakukannya jelas merupakan antara rekod kekejaman kemanusiaan terburuk dalam sejarah.

"Dia seharusnya menerima hukuman paling berat," kata Presiden badan rayuan tertinggi mahkamah itu.

Dengan memakai baju putih dan jaket kuning, Duch, 69, yang duduk di kandang tertuduh kelihatan tidak memberikan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan.

Dia sebelum ini merayu dibebaskan kerana kesalahan yang dilakukannya itu adalah atas arahan pihak atasan, tetapi pendakwa raya turut mengemukakan rayuan dengan menyatakan hukuman sebelum ini tidak memadai.

Keputusan kali ini disambut baik oleh beratus-ratus rakyat Kemboja, termasuk sami-sami dan warga emas yang terselamat daripada kekejaman rejim Khmer Rouge dari 1975-1979, yang berhimpun di galeri awam di mahkamah itu.

Duch adalah kader Khmer Rouge pertama yang dihadapkan ke tribunal PBB itu. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: