Pages

Wednesday, January 4, 2012

Pasukan pemantau bantu reda keganasan di Syria


BEIRUT 3 Jan. - Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby berkata, pasukan pemantau Liga Arab sedikit sebanyak membantu meredakan kekejaman pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan di Syria.

Beliau berkata, ia terbukti melalui kejayaan misi itu menyalurkan bekalan makanan ke bandar Homs, lokasi utama keganasan selain membebaskan kira-kira 3,484 tahanan.

"Syria perlu memberikan peluang kepada pasukan pemantau untuk membuktikan kehadirannya di negara itu," katanya.

Kenyataan Elaraby itu dibuat selepas badan penasihat Liga Arab kelmarin menggesa pasukan pemantau tersebut diundurkan segera dari Syria kerana kehadiran mereka tidak membawa kesan bagi meredakan kempen kekerasan rejim Presiden Bashar al-Assad ke atas penunjuk perasaan.

Kebanyakan pembangkang Syria pula kurang percaya misi tersebut boleh mendesak Assad menghentikan kekejaman.

Elaraby, sebaliknya menggesa kerajaan pimpinan Assad melaksanakan satu pelan damai menyeluruh termasuk mengarahkan tentera dan kereta kebal berundur dari bandar-bandar.

Sementara itu, keadaan tidak banyak berubah di Syria, semalam apabila keganasan demi keganasan terus berlaku di seluruh negara.

Menurut pembangkang, pemberontak bersenjata Syria semalam menahan berpuluh-puluh anggota tentera apabila menawan dua pos kawalan, sementara satu pertempuran antara pemberontak dan tentera turut berlaku di pos kawalan ketiga.

Agensi berita SANA melaporkan, pasukan pemantau semalam turut melawat bandar Rastan, Baba Amro dan Idlib, selain bertemu penduduk. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: