Pages

Tuesday, December 13, 2011

Raih undi Yahudi matlamat Gingrich

BAITULMAQDIS: Ahli perundangan Palestin, Hanan Ashrawi, menyifatkan calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan, Newt Gingrich, tidak berpijak di bumi nyata dan terdesak mendapatkan undi golongan pro-Israel apabila mengeluarkan kenyataan penduduk Palestin sekadar rekaan semata-mata.

Televisyen kabel Amerika, The Jewish Channel, menyiarkan petikan temubual Jumaat lalu memaparkan kenyataan bekas Speaker Perwakilan Amerika itu.“Ingat, negara Palestin tidak pernah wujud, ia sebahagian empayar Uthmaniyah. Saya rasa yang ada cuma penduduk Palestin rekaan yang sebenarnya orang Arab dan secara sejarah sebahagian komuniti Arab dan mereka mempunyai peluang untuk pergi ke banyak tempat,” kata Gingrich, menurut petikan itu.
Ashrawi membalas: “Kenyataan itu menunjukkan beliau tidak tahu sejarah dan bersikap perkauman selain satu cubaan murahan mendapatkan sokongan pengundi pro-Israel tanpa mengira hak Palestin dan keamanan rantau itu.”

Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, menuntut Gingrich mengkaji semua sejarah.

“Sejak awal, penduduk kami berazam untuk kekal di tanah air sendiri. Kenyataan itu jelas menafikan sejarah,” kata Fayyad dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Palestin, Wafa.

Jurucakap Hamas yang mentadbir Gaza, Fawzi Barhoum, menggelar kenyataan Gingrich itu memalukan dan mengaibkan.
Kelmarin, jentera kempen Gingrich menyiarkan kenyataan mengesahkan keadaan itu dan berkata komennya dalam temubual berkenaan dibuat berdasarkan sejarah rantau itu.

“Gingrich menyokong perjanjian damai di antara Israel dan Palestin, yang akan memutuskan sempadan negara Palestin. Bagaimanapun, bagi memahami apa yang dicadangkan dan dirundingkan, anda perlu fahami sejarah, itu sebenarnya yang dirujuk Gingrich,” kata jurucakapnya, R C Hammond. – AP
Berita Harian Online | Raih undi Yahudi matlamat Gingrich:

'via Blog this'

No comments: