RIYADH - Seorang bomoh wanita yang didakwa mengamalkan ilmu sihir telah dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, kelmarin.

Akhbar berpusat di London, al-Hayat melaporkan wanita dalam lingkungan umur 60-an itu ditahan pihak berkuasa selepas mereka menerima maklumat bahawa kononnya dia mampu menyembuhkan penyakit dengan bayaran AS$800 (RM2,500) untuk setiap satu sesi rawatan.

Kegiatan bomoh wanita tersebut terbongkar selepas dia ditahan pada April 2009.

September lalu, seorang lelaki warga Sudan, Abdul Hamid Hussain juga dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi atas kesalahan mengamalkan ilmu sihir