Pages

Saturday, November 26, 2011

Pelantikan semula Ganzouri PM Mesir, tentera serah kuasa

KAHERAH: Kamal Ganzouri, sebelum ini pernah dilantik Perdana Menteri Mesir di bawah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, dilantik semula menjawat jawatan itu, Jumaat (waktu tempatan), ketika ibu kota negara itu berdepan dengan bantahan ribuan penunjuk perasaan.

“Kami berada di sini demi untuk berkhidmat kepada negara ini,” kata Ganzouri kepada wartawan di sini, hari ini.
Ganzouri berkata, Kepimpinan Tentera bagi Majlis Tertinggi Pasukan Keselamatan, Hussein Tantawi, yang juga tonggak utama dalam menjamin keselamatan Mesir sejak Hosni Mubarak digulingkan Februari lalu, menjelaskan bahawa beliau tidak berminat untuk kekal berkuasa.
Katanya, sekiranya kenyataan Tantawi berlainan, beliau tidak akan menerima tanggungjawab itu.

“Saya sudah meminta sedikit masa bagi membolehkan Kabinet baru dibentuk dan ia akan diterima semua pihak,” katanya.

Ganzouri menerima tanggungjawab yang diberikan kepadanya selepas pemerintahan tentera Mesir mengarahkan beliau membentuk kerajaan ‘Kebangsaan yang selamat’ - CNN
Berita Harian Online | Pelantikan semula Ganzouri PM Mesir, tentera serah kuasa:

'via Blog this'

No comments: