Pages

Saturday, November 26, 2011

Iran pecat pegawai tertinggi berikutan tragedi bom Basra

BASRA: Pentadbir Wilayah Basra hari ini mengumumkan pemecatan tiga pegawai tertinggi keselamatan wilayah itu, sehari selepas tragedi tiga letupan bom di pasar harian Basra yang mengorbankan 19 orang setakat ini.

Tindakan itu diambil selepas pentadbir wilayah berkenaan mengadakan mesyuarat tergempar, kata Ketua Pentadbiran Wilayah Basra, Sabah al-Bazuni kepada pemberita di bandar pelabuhan barat berkenaan.
Ketiga-tiga mereka ialah Komander Regimen Kecemasan, Brigadier Jeneral Mazin Abdulwahid dari angkatan tentera Iraq, ketua Jabatan Jenayah Berat, Brigadier Jeneral Ali Khairallah dan Ketua Hal Ehwal Dalaman Polis, Kolonel Oda al-Jaberi.
Bazuni berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Nuri al-Maliki supaya Ketua Penyelaras Operasi Basra, Mejar Jeneral Mohammed Jawad Huwaidi turut dipecat.

Tiga bom meletup serentak di Basra, semalam, membunuh 19 orang termasuk seorang pegawai tertinggi tentera dan pegawai polis serta mencederakan
sekurang-kurangnya 65 orang. - AFP
Berita Harian Online | Iran pecat pegawai tertinggi berikutan tragedi bom Basra:

'via Blog this'

No comments: