Pages

Friday, November 4, 2011

Lelaki palsu kematian ditahan

SYDNEY: Seorang lelaki Britain yang memalsukan kematiannya dan melarikan diri bersama wang insurans, ditahan di Australia, kata polis semalam.
Penahanan Hugo Jose Sanchez, 47, kelmarin menamatkan buruan pihak berkuasa selama enam tahun.

Sanchez dan isterinya, Sophie, didakwa memalsukan kematian lelaki kelahiran Ecuador itu untuk membolehkan mereka menuntut pampasan bernilai lebih RM5 juta pada 2005.

Penipuan itu terbongkar selepas cap jari Sanchez ditemui pada sijil kematiannya sendiri.

Sophie ditahan selepas kembali ke Britain untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya pada September lalu.

Dia dihukum penjara dua tahun. - AFP

No comments: