Pages

Saturday, October 15, 2011

Penembak California mahu bunuh bekas isteri

Kosmo! Online - Dunia: "LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki bersenjata yang dituduh membunuh lapan orang di sebuah salon rambut di negeri California terlibat dalam pertikaian berhubung hak penjagaan anak mereka dengan bekas isterinya, menurut beberapa laporan kelmarin.

Wanita terbabit turut terkorban dalam kejadian amuk tersebut.

Polis berkata, lelaki berusia 42 tahun itu, Scott Dekraai sudah menetapkan sasarannya apabila dia melepaskan tembakan bertubi-tubi dengan menggunakan sepucuk pistol di Salon Meritage, Seal Beach di selatan bandar raya ini pada tengah hari Rabu lepas.

"Ia bukan keganasan rambang," kata pemangku ketua polis Seal Beach, Tim Olson.

Akhbar Los Angeles Times memetik beberapa saksi sebagai menyatakan, Dekraai mahu membunuh bekas isterinya, Michelle Fournier yang merupakan seorang juru gaya rambut yang ceria tetapi dibenci bekas suaminya.

Lelaki tersebut ditangkap tidak lama selepas insiden tembakan tersebut berlaku. Serangan berkenaan turut menyebabkan seorang cedera parah. - AFP"

'via Blog this'

No comments: