Pages

Sunday, September 25, 2011

Lepas tembakan pada majlis Pope




POPE Benedict XVI melambai tangan kepada orang ramai ketika tiba di bandar Erfurt, timur Jerman, semalam. - AFP


ERFURT, Jerman 24 Sept. - Satu kejadian tembakan berlaku kira-kira satu kilometer dari lokasi pemimpin gereja Vatican, Pope Benedict XVI mengadakan satu majlis keagamaan, hari ini.
Polis berkata, seorang lelaki melepaskan tiga tembakan menggunakan pistol angin di bandar Erfurt.
Bagaimanapun, jurucakap Vatican, Federico Lombardi menyatakan kejadian tembakan itu tidak mempunyai kaitan dengan pemimpin agama Katholik tersebut.
''Benedict tidak dimaklumkan berhubung kejadian itu. Tiada sesiapa pun sedar tentang kejadian itu,'' ujarnya Lombardi.
Kejadian tembakan itu berlaku kira-kira dua jam sebelum majlis keagamaan yang dihadiri 30,000 orang itu dimulakan.
Lombardi berkata, berdasarkan maklumat polis, seorang lelaki tidak siuman telah melepaskan tembakan itu.
''Suspek telah ditangkap dan tiada siapa cedera dalam kejadian itu,'' ujarnya. - AFP

No comments: