Pages

Tuesday, August 2, 2011

Serik sertai kem ala banduan


SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam 
di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi  di Penjara Kluang kelmarin.
SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi di Penjara Kluang kelmarin.


33 pelajar SMK Bandar Baru Uda dakwa didera wadar 

JOHOR BAHRU: Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin.
Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.
Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka. 

Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam. 

Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang. 

Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap. 
“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya. 

Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu. 

No comments: