Pages

Saturday, July 2, 2011

Wang dibayar bebas wartawan



TAIPONIER (kiri) dan Ghesquiere disambut meriah ketika tiba di ibu pejabar France Televisions di Paris, kelmarin.
TAIPONIER (kiri) dan Ghesquiere disambut meriah ketika tiba di ibu pejabar France Televisions di Paris, kelmarin.

Pakar, sumber buat spekulasi pembebasan warga Perancis

KABUL: Wang tebusan bernilai berjuta-juta dolar diserahkan kepada militan Taliban di Pakistan bagi membebaskan dua wartawan Perancis yang menjadi tahanan pergerakan itu hampir dua tahun, meskipun ia dinafikan oleh Paris.
Pakar dan sumber Taliban berkata, pembayaran wang tebusan bagi membebaskan Herve Ghesquiere dan Stephane Taponier, dua tahanan paling lama ditawan Taliban, adalah amalan biasa pihak berkuasa Eropah.
Pergerakan Taliban mengeluarkan kenyataan dari kubu mereka di selatan Afghanistan bahawa Ghesquiere dan Taponier dibebaskan selepas melakukan pertukaran tahanan tetapi sumber menyatakan ia dilakukan selepas militan itu menerima wang tebusan.

“Wang tebusan besar dibayar iaitu berjuta-juta dolar. Penyerahan wang itu dibuat di Pakistan,” kata seorang anggota Taliban yang rapat dengan ibu pejabat pergerakan itu.

Penculik wartawan itu dikenali sebagai Qari Baryal, antara pemimpin utama Taliban di wilayah Kapisa, tempat warga Perancis berkenaan diculik pada 30 Disember 2009.

“Kumpulan yang diketuai Qari Baryal bergerak dengan teratur dan mempunyai reputasi baik dalam Taliban tetapi ada kalanya bertindak bercanggah dengan misi mereka termasuk menjadikan beberapa orang sebagai tebusan untuk mendapatkan wang,” kata seorang ahli Taliban.
Ghesquiere memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) bahawa dia percaya dibebaskan selepas wang tebusan dibayar dan tahanan lain dibebaskan. - AFP Berita Harian Online | Wang dibayar bebas wartawan

No comments: