Pages

Saturday, July 2, 2011

Bekas Penolong Gabenor BNM didakwa


MOHAMAD DAUD didakwa menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai masing-masing RM50,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui orang tengah dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam Restoran Dome beralamat G7 Ground Floor, Bangsar Shopping Centre di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005.

Kosmo! Online - Negara

No comments: