Pages

Tuesday, July 26, 2011

‘Saya mahu Strauss-Kahn dipenjara’


MUKA hadapan majalah Newsweek edisi 25 Julai yang menunjukkan wajah Strauss-Kahn dan mangsa, Diallo.
MUKA hadapan majalah Newsweek edisi 25 Julai yang menunjukkan wajah Strauss-Kahn dan mangsa, Diallo.


Pekerja hotel azam buktikan dakwaan dicabul bekas pengarah urusan IMF

NEW YORK: Pekerja hotel menyifatkan bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai ‘lelaki gila’ ketika menyerangnya di bilik hotel di sini dalam wawancara majalah hal-ehwal semasa Newsweek.

Mangsa yang berasal dari Guinea itu juga membenarkan majalah berkenaan dan stesen ABC News mendedahkan namanya, Nafissatou Diallo, 32.
Ia adalah temu bual pertama dengan media sejak dia mengejutkan dunia dengan tuduhan bahawa Strauss-Kahn muncul sambil berbogel dari bilik air dan memaksanya melakukan seks oral, 14 Mei lalu.
ABC News kelmarin juga mengumumkan ia akan menyiarkan satu temuramah dengan Diallo.

“Saya mahukan keadilan. Saya mahu lelaki itu dipenjarakan. Saya mahu dia tahu bahawa ada sesetengah tempat anda tidak boleh gunakan wang anda, tidak boleh gunakan kuasa anda apabila melakukan sesuatu seperti ini,” kata Diallo dalam satu petikan temuramah televisyen.

Seorang peguam Diallo, Douglas Wigdor, pula berkata anak guamnya mahu memberitahu dunia bahawa dia bukan ‘pelakon yang memeras ugut atau pelacur.’

“Dia diserang dan menganggap adalah penting untuk tahu siapa nama orang itu dan wajah penyerangnya,” kata Wingdor.
Diallo juga merancang memfailkan tuntutan saman sivil tidak lama lagi, yang bermaksud namanya akan diketahui umum.

ABC News melaporkan Diallo juga mengakui ‘melakukan kesilapan tertentu’ namun beranggapan ia tidak sepatutnya menghalang pendakwa raya meneruskan pendakwaan.

“Saya tidak pernah mahu didedahkan identiti diri namun saya tiada pilihan,” katanya kepada ABC News, menambah “Kini, saya terpaksa berhadapan khalayak awam. Saya perlu lakukannya untuk diri saya. Saya perlu memberitahu kebenaran.”

Diallo bersetuju diambil gambar untuk edisi minggu depan, berkata dia melihat Strauss-Kahn berbogel di hadapannya apabila dia membuka pintu ke dalam suitenya. Dia seperti ‘seorang lelaki gila bagi saya,” katanya.

“Anda cantik,” kata Strauss-Kahn kepadanya sebelum menyerangnya meskipun dibantah, kata Diallo.

Strauss-Kahn, 62, berulang kali menafikan semua tuduhan ke atasnya. Dalam satu kenyataan kelmarin, peguamnya menggelar temuramah itu usaha terakhir pengemas bilik terbabit dan peguamnya untuk memeras wang daripada bekas pengarah urusan IMF itu.

“Dia adalah tertuduh pertama dalam sejarah melakukan kempen media meyakinkan pendakwa raya untuk meneruskan tuduhan ke atas seseorang sambil meminta wangnya,” kata peguam itu, Benjamin Brafman dan William Taylor.

“Peguam dan perunding perhubungan awamnya merancang banyak sesi media dan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada pendakwa raya dalam kes ini selepas dia mengaku berusaha keras menipu mereka.” – Reuters Berita Harian Online | ‘Saya mahu Strauss-Kahn dipenjara’

No comments: