Pages

Tuesday, July 26, 2011

Penduduk marah nahas kereta api laju



GAMBAR yang bertarikh 24 Julai lalu menunjukkan dua kren digunakan untuk mengangkat sebuah gerabak kereta api laju yang terbabas dari landasan kereta api di pekan Shuangyu dekat bandar Wenzhou, timur China.


WENZHOU, China - Media China dan orang awam marah semalam ekoran nahas kereta api laju yang berlaku pada Sabtu lalu. Nahas itu menyebabkan saham kereta api merudum sekali gus mencetuskan keraguan berhubung rancangan meluaskan lagi rangkaian pengangkutan awam itu. Dalam kejadian itu, sebuah kereta api laju yang terhenti dengan tiba-tiba kerana kehilangan kuasa telah dirempuh oleh sebuah kereta lain. Tiga pegawai kanan perkhidmatan kereta api dipecat mankala pihak pemerintah melancarkan kajian mengenai tahap keselamatan perkhidmatan tersebut.

Namun, pakar-pakar menyatakan nahas berkenaan yang menyebabkan 36 orang terbunuh telah mencetuskan perasaan bimbang dalam kalangan rakyat. "Saya bimbang. Kelmarin ketika saya menempah tiket, saya menimbang sama ada akan beralih dengan menggunakan bas," kata seorang pekerja dalan industri pakaian, Yu Dabao. Nahas kereta api pada Sabtu lalu itu berpunca daripada panahan petir. Akhbar People's Dailysemalam memberi petunjuk bahawa keselamatan mungkin diambil mudah semasa membina sistem rangkaian kereta api. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments: