Pages

Wednesday, July 20, 2011

Rugi RM107 juta, 600 menganggur



ASAP tebal daripada kebakaran yang menyebabkan sebuah kilang produk getah bersama peralatan bernilai lebih RM107 juta hangus di Kulim semalam.


KULIM – Seorang usahawan mendakwa kerugian lebih RM107 juta manakala 600 pekerjanya kini menganggur selepas sebuah kilang berteknologi tinggi dalam pengeluaran produk berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Padang Meha, di sini musnah dalam kebakaran pagi semalam.
Kejadian itu berlaku pada pukul 8.30 pagi sewaktu kumpulan pekerja syif pagi seramai kira-kira 300 orang sedang bertugas.
Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Shahabudin berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sebanyak 20 jentera daripada beberapa balai bomba dikerah ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran selain dibantu 10 jentera pasukan bomba sukarela.
“Angin yang bertiup agak kencang menyukarkan usaha memadam kebakaran selain masalah tekanan air rendah.
“Kita juga terpaksa menghantar Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) untuk mengawal keadaan kerana terdapat beberapa barang kimia di dalam kilang,’’ katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Kosmo! Online - Negara

No comments: