Pages

Thursday, July 21, 2011

Renjer kritikal dibaham rimau



SERANG...seorang renjer mengacukan senapang ke arah harimau bintang manakala yang lain cuba  menyelamatkan diri.
SERANG...seorang renjer mengacukan senapang ke arah harimau bintang manakala yang lain cuba menyelamatkan diri.


DETIK CEMAS...harimau bintang menerkam dan menggigit renjer hutan di Kampung Prakash Nagar, semalam.
DETIK CEMAS...harimau bintang menerkam dan menggigit renjer hutan di Kampung Prakash Nagar, semalam.



ASSAM (India): Saat yang mencemaskan terjadi apabila seekor harimau bintang dewasa menerkam dan menggigit seorang renjer Jabatan Hutan di sebuah kampung terpencil di India, semalam.
Harimau berkenaan sebelum itu masuk ke dalam kampung dari sebuah taman negara berdekatan dan mencederakan enam orang.
Kumpulan renjer hutan akhirnya berjaya mengepung dan menembak harimau itu dengan ubat pelali tetapi haiwan itu sempat menerkam seorang daripada renjer itu.

Kejadian itu berlaku di Kampung Prakash Nagar, dekat Salugara di pinggir Siliguri di Assam di timur laut, India.

Penduduk kampung turut menyaksikan detik cemas itu.



Menurut seorang renjer, penduduk kampung terlihat harimau bintang itu di waktu pagi.


“Harimau bintang itu terperanjat apabila penduduk membuat bising. Mereka cuba untuk mengejar harimau itu dan ketika ia cuba melarikan diri, ia mencederakan lima orang.


“Harimau itu kemudian berteduh di sebuah rumah terbiar,” katanya.


Renjer yang kritikal itu diserang ketika dia masuk ke rumah itu dan cuba untuk menembaknya dengan ubat pelali. Mereka mahu menangkap haiwan seberat 90 kilogram itu hidup-hidup. Ia kemudian lari ke dalam semak berhampiran.


Tiga orang anggota polis yang bersenjatakan cota dan pisau akhirnya berjaya menangkap harimau itu apabila ia melompat ke arah kumpulan renjer ketika mereka mengepungnya.


Harimau bintang itu akhirnya pengsan setelah ditembak dengan ubat pelali ketika ia lari ke dalam sebuah lorong. - HN
myMetro | Renjer kritikal dibaham rimau

No comments: