Pages

Thursday, July 28, 2011

Oslo diselubungi panik

PIHAK berkuasa menutup jalan di sebuah stesen kereta api utama di Oslo semalam.


OSLO - Sebuah stesen kereta api utama di Oslo dipenuhi dengan anggota-anggota skuad pemusnah bom pada pagi semalam hanya kerana penemuan sebuah beg yang disyaki mengandungi bom, lapor agensi berita NTB.

"Sebuah beg yang jelas kelihatan tiada pemilik ditemui berdekatan platform yang digunakan untuk perkhidmatan ulang alik ke lapangan terbang.

"Orang ramai di kawasan di sekitar platform itu sudah dipindahkan," kata seorang jurucakap perkhidmatan kereta api, Olav Nordli.

Beberapa ekor anjing berada di lokasi itu manakala polis mencari seorang lelaki berumur 25 tahun hingga 30 tahun memakai pakaian berwarna hitam dengan topi berwarna putih.

Bagaimanapun, polis kemudian yang menggunakan robot untuk mengalihkan beg tersebut mendapati tiada bom terdapat di dalamnya.

"Tiada apa yang ditemui yang menjadi perhatian pihak polis," kata seorang pegawai polis, Tore Barstad.

Pada minggu lalu, Oslo digegarkan dengan kejadian letupan bom dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh seorang ekstremis Kristian, Anders Behring Breivik sehingga mengakibatkan 76 orang mati.

Breivik kini ditahan polis selepas dia melakukan kejadian tersebut atas alasan bencikan pertambahan bilangan umat Islam di Eropah. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments: