Pages

Thursday, June 16, 2011

Tentera Thailand beri amaran jangan sokong Thaksin


BANGKOK - Ketua tentera Thailand yang pernah membantu menggulingkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra menggesa pengundi agar tidak mengulangi kesilapan apabila mengundi dalam pilihan raya umum pada bulan depan.

Pada pilihan raya pada 2007, sekutu-sekutu Thaksin berjaya membentuk kerajaan sehingga menyebabkan negara berkenaan terjerumus ke dalam kancah kekacauan.
Kenyataan ketua itu, Jeneral Prayuth Chan-ocha itu merupakan amaran jelas supaya pengundi tidak menyokong sekutu-sekutu Thaksin.
Beliau memberikan nasihat itu kelmarin dalam satu siaran khas di dua rangkaian stesen televisyen milik tentera selepas tinjauan menunjukkan sekutu-sekutu Thaksin memiliki peluang cerah untuk memenangi pilihan raya umum Thailand pada 3 Julai depan.
Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006 selepas beliau dituduh mengamalkan rasuah dan tidak menghormati Raja Bhumibol Adulyadej.
Perpecahan antara penyokong dan penentang Thaksin menyebabkan Thailand terjerumus ke dalam kancah kekacauan politik sejak rampasan kuasa tersebut berlaku.
Yingluck Shinawatra yang merupakan adik Thaksin turut bertanding dalam pilihan raya itu dengan mewakili parti Pheu Thai. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

No comments: