Pages

Wednesday, May 25, 2011

Zionis tak akan undur

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia akan menggariskan wawasannya mengenai keamanan Israel-Palestin apabila bercakap di depan Kongres Amerika Syarikat hari ini.

Bercakap kepada kira-kira 10,000 rakyat Amerika yang menyokong Israel di Washington semalam, pemimpin Zionis itu berikrar, rejimnya tidak akan berundur hingga ke sempadan sebelum Perang 1967.


Dia juga menuduh penduduk Palestin menjadi punca kepada kegagalan untuk menamatkan sengketa yang sudah berlarutan selama puluhan tahun.

“Pertelingkahan berlanjutan hingga hampir seabad kerana rakyat Palestin enggan menamatkannya.


“Mereka enggan menerima kewujudan sebuah negara Yahudi,” katanya dengan mendapat tepukan daripada penyokong Israel itu.


“Kami hanya boleh berdamai dengan rakyat Paalestin jika mereka bersedia berdamai dengan negara Yahudi. “Saya akan bercakap secara panjang lebar mengenai keamanan seumpama ini di depan kongres esok (hari ini),” katanya.

Netanyahu bercakap demikian berikutan pertelagahan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang buat julung kali menyuarakan secara terbuka mengenai pandangan Amerika Syarikat bahawa sebuah negara Palestin perlu diasaskan berdasarkan sempadan yang wujud sebelum Perang Enam Hari pada 1967.


Netanyahu dijangka memberitahu Kongres hari ini bahawa rundingan damai dengan Palestin tidak akan menjadi realiti sekiranya Hamas bergabung dengan kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri Salam Fayad. - Reuters

myMetro | Zionis tak akan undur

No comments: