Pages

Wednesday, May 25, 2011

Tripoli terus jadi sasaran

TRIPOLI: Pesawat pengebom Nato, semalam melancarkan serangan besar-besaran terhadap Libya selepas Amerika Syarikat berkata, penggulingan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, tidak dapat dielakkan lagi.
Sekurang-kurangnya 12 letupan menggegarkan Tripoli awal pagi semalam.

Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim berkata, tiga orang terbunuh dan 150 cedera dalam serangan itu.
Menurutnya, serangan itu mensasarkan kawasan Pengawal Popular.

Bagaimanapun, kawasan berkenaan sudah dikosongkan kerana serangan itu memang sudah dijangka.

Mussa berkata, mereka yang terbunuh dan cedera terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran. “Ini satu lagi pengeboman dan pembunuhan yang dilakukan oleh Nato,” kata Mussa kepada wartawan.
Nato yang menyokong pemberontak Libya dengan melancarkan serangan udara sejak dua bulan lalu berkata, ia mensasarkan satu kemudahan penstoran tentera Gaddafi. - AFP
myMetro | Tripoli terus jadi sasaran

No comments: