Pages

Monday, May 23, 2011

Tiga mati dalam serangan bom nekad di timur Afghan


Pasukan keselamatan kepung bangunan


KABUL: Pasukan keselamatan Afghanistan mengepung sebuah bangunan pemerintah di wilayah timur negara itu selepas sekurang- kurangnya empat anggota kumpulan Taleban menyerang bangunan tersebut secara terang-terangan semalam, kata para pegawai pemerintah negara itu.
Sekurang-kurangnya tiga anggota polis mati dalam peringkat awal serangan itu, kata Encik Mohammad Yaqub, timbalan ketua polis bagi wilayah Khost, Encik Mohammad Yaqub.Khost terletak di timur Afghanistan dan kedudukannya berhampiran dengan sempadan Pakistan.Beliau berkata dua letupan terdengar sejurus selepas serangan berani mati itu dilancarkan.Keganasan tercetus di seluruh Afghanistan selama beberapa minggu lalu sejak pihak Taleban mengumumkan permulaan 'serangan musim bunga' yang dinanti-nantikan.Mereka melancarkan serangan ke atas apa saja yang disifatkan sebagai sasaran yang dikawal rapi di negara itu.Di Kabul, seorang pengebom nekad membunuh enam pelajar perubatan dalam satu serangan ke atas sebuah kafeteria di sebuah hospital tentera utama yang dikawal rapi kelmarin.Lagi 20 orang cedera dalam serangan tersebut.Beberapa orang panglima tentera Amerika Syarikat juga memberi amaran mengenai bertambahnya jumlah keganasan bulan ini sedang pihak Taleban cuba mengambil kesempatan di bahagian selatan negara itu sejak 18 bulan lalu.Bunyi tembakan kedengaran sejurus selepas serangan dilancarkan ke atas pusat kawalan trafik di pekarangan sebuah balai polis di bahagian tengah bandar Khost.Pertempuran tersebut mulai reda buat beberapa jam kemudiannya kerana bangunan itu sudah dikepung pasukan keselamatan Afghanistan.Ketua polis Khost, Encik Abdul Hakim Esaaqzai, berkata kumpulan penyerang itu memakai pakaian seragam polis sempadan.Beliau berkata askar-askar Afghanistan memasuki bangunan yang dikepung itu untuk cuba menamatkan serangan tersebut.Gambar-gambar televisyen menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan terbakar sedang askar-askar Afghanistan bersembunyi di dinding tinggi di luar pekarangan tempat itu.Beberapa anggota Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Isaf) juga dilihat menghampiri bahagian belakang bangunan itu walaupun mereka tidak kelihatan terlibat sama dalam pertempuran tersebut.Menteri Dalam Negeri Afghanistan, Encik Zemari Bashary, berkata sekurang-kurangnya tiga penyerang yang memakai anak baju berisikan bahan letupan masih di dalam bangunan itu.Beliau berkata mereka yang terbunuh termasuk dua anggota polis dan seorang pekerja kebun. Seramai empat lagi anggota polis cedera.'Kumpulan penyerang itu sedang mempertahan tempat persembunyian mereka.Seorang pengebom nekad meletupkan dirinya dalam bangunan itu. Tiga lagi masih mempertahan kedudukannya,' kata Encik Bashary. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: