Pages

Tuesday, May 17, 2011

Israel setuju serah cukai pada Palestin


BAITULMAQDIS 16 Mei - Israel bersetuju menyerahkan berjuta-juta dolar cukai tertangguh kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) selepas diberi jaminan wang tersebut tidak akan disalurkan kepada pergerakan Hamas.

Awal bulan ini, rejim zionis itu menyekat penyerahan sejumlah AS$300 juta (RM900 juta) cukai kastam dan levi lain kepada Palestin yang dikutipnya bagi pihak negara itu selepas kerajaan pimpinan Presiden Mahmoud Abbas memeterai satu perjanjian damai dengan Fatah.
Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz ketika itu berkata, beliau hanya akan membenarkan pemindahan wang berkenaan selepas diberi jaminan ia tidak akan disalurkan kepada Hamas yang memerintah Genting Gaza. - Reuters
Utusan

No comments: