Pages

Tuesday, May 17, 2011

Arab Saudi buka universiti wanita paling besar di dunia

RIYADH: Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah, semalam merasmikan sebuah universiti khusus bagi wanita, Universiti Puteri Nora binti Abdulrahman (PNU), yang menelan belanja 20 bilion riyal ($6.6 bilion) dan terletak kira-ki ra 25 kilometer ke timur ibu kota negara itu di Riyadh.Dengan keupayaan menempatkan kira-kira 50,000 pelajar di kampusnya, PNU universiti wanita paling besar di dunia dan menjadi sebahagian rancangan pendidikan kerajaan Arab Saudi.Pembukaannya disambut meriah lebih 2,000 pelajar dan kakitangan fakultinya, lapor laman berita Arabnews.com semalam.Kehadiran Raja Abdullah di kampus universiti itu diiringi Gabenor Riyadh, Putera Salman, dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Encik Ibrahim Al- Assaf.Ketiga-tiga tetamu terhormat itu menaiki sebuah kereta api universiti tersebut untuk melihat-lihat kawasan kampusnya, yang terletak di tapak seluas lebih 800 hektar.'Universiti Puteri Nora adalah simbol pendidikan wanita dan penyertaan wanita dalam pembangunan negara ini,' kata Encik Al-Assaf semasa memberi gambaran keseluruhan mengenai kampus itu, yang termasuk sebuah fakulti perubatan, sebuah pusat penyelidikan dan sebuah perpustakaan yang mempunyai lima juta buku dan jurnal.'Kawasan perumahan di PNU mempunyai sekitar 1,400 vila dan kemudahan hospital yang besar bagi membolehkan penginapan seramai 12,000 pelajar,' kata menteri itu.Menurut Encik Al-Assaf lagi, sebuah bandar sukan bagi wanita akan menjadi satu lagi daya tarikan universiti tersebut, selain sebuah terowong di sepanjang kampus universiti itu.Universitu itu menempatkan juga beberapa kemudahan utama lain yang mematuhi panduan sekitaran, selain mempunyai loji perawatan sisa pepejal, kemudahan perawatan air kumbahan serta beberapa gudang dan bengkel penyenggaraan.Upacara perasmian PNU dihadiri beberapa anggota keluarga diraja dan pegawai tinggi Arab Saudi, termasuk Menteti Pendidikan Tinggi, Encik Khalid Al-Anqari, serta para diplomat asing.Cyberita

No comments: